Tuesday, June 7, 2011

ANOTHER PROJECT FROM PAS GOVERNMENT

Semenjak jadi Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pun mula bercerita tentang keampunan Tuhan. Katanya, Negara Berkebajikan, jenama baru yang diperjuangkan oleh PAS sekarang adalah untuk mendapatkan keampunan Tuhan bagi seluruh rakyat negara ini.

Tak kisahlah tu, sebab Mat Sabu ni memang lawak orangnya. Sibuk suruh orang lain bertaubat dan duduk di jalan yang benar, sedangkan dia sendiri rembat bini orang dan duduk berkhalwat dalam bilik hotel dengan hanya bertuala hijau!

Menariknya ialah apabila Mat Sabu menyatakan, PAS memperjuangkan Negara Berkebajikan untuk menggantikan UMNO bagi menerimapakai Piagam Madinah sepenuhnya pada akhirnya.

Mungkin Mat Sabu tahu, kalau sebut Negara Berkebajikan sahaja tidak cukup kuat memandangkan UMNO-BN sudah lama mewujudkan Negara Berkebajikan di negara ini, malah jauh lebih awal berbanding PAS yang baru tahu wujudnya perkataan 'Berkebajikan'. Jadi, Mat Sabu kena sambungkan dengan Piagam Madinah agar mewujudkan persepsi yang lebih indah dan lebih Islamik.

Dengar cerita tentang Piagam Madinah, mungkin ramai yang mengurut dada tanda lega sebab Mat Sabu masih lagi dengan pasaran PAS yang lama. Yang tidak diceritakan tentang Piagam Madinah atau Dustar al-Madinah atau Sahifah al-Madinah ialah, perjanjian berkenaan gagal apabila Yahudi Aus dan Al-Najjar memecahkan perjanjian tersebut menerusi tikam belakang apabila suku Yahudi tersebut bersekutu dengan Quraisy untuk memusnahkan Madinah.

Atau dalam bahasa ringkas yang paling mudah faham, ia adalah hikmah walaupun Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a yang mewujudkan Piagam, namun kaum kafir tidak akan tunduk dan akhirnya menggunakan peluang serta 'waktu rehat' yang diberikan untuk merosakkan Islam dan umatnya kembali.

Apa yang berlaku selepas Piagam Madinah ialah Perang Badar!

Tiga langkah yang Rasulullah s.a.w rangkakan berdasarkan wahyu untuk mewujudkan Piagam Madinah.
(i) Membina masjid
Sepanjang sejarah PAS menjadi kerajaan, tidak ada masjid yang dibina. Kelantan diperintah selama 20 tahun, hanya mampu dibina 2 buah masjid sahaja.

(ii) Mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin
Sepanjang sejarah PAS, umat Islam yang tidak sependapat dengan PAS, dianggap sebagai golongan kafir dan tidak boleh disekutukan. Justeru apabila saranan wujudnya perpaduan di kalangan umat Islam, majoriti ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS termasuklah Mursyidul Amnya sendiri menyatakan bahawa perpaduan dengan UMNO tidak boleh sama sekali dengan alasan-alasan yang sebenarnya adalah alasan-alasan BANGANG!

(iii) Mengadakan perjanjian dengan Yahudi (bukan Islam) untuk sama-sama mempertahankan Madinah daripada serangan luar.
Sepanjang sejarah PAS, perjanjian dengan kaum bukan Islam hanyalah untuk menumbangkan UMNO. PAS tidak pernah mengikat perjanjian agar kaum bukan Islam digalakkan menceburi bidang pertahanan untuk sama-sama mempertahankan negara daripada serangan luar. Bahkan ada kalanya, PAS turut serta dalam serangan luar ke atas Malaysia, terutama terhadap ekonomi dan struktur kewangan negara.

Kalau dah tiga langkah itu sahaja, PAS gagal, sembang apa tentang Piagam Madinah yang Mat Sabu nak tunaikan? Mat Sabu tahu atau tidak tentang Piagam Madinah atau perkataan itu terlintas di fikirannya dan beranggapan semua orang buta huruf dan buta perut sepertinya, lantas main percaya sahaja dengan apa-apa sahaja yang diucapkannya?

Sembang pasal Piagam Madinah, bagaimana pula dengan Fasal 47 Piagam Madinah yang menyatakan, 'Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang yang zalim dan bersalah; dan bahawa - mulai dari saat ini, sesiapa yang meninggalkan kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang melakukan kebajikan dan bertaqwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui sebagai Pesuruh Allah.'

Mat Sabu sendiri, pernahkah menghududkan dirinya setelah ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang di dalam sebuah bilik hotel, sekalipun tiada saksi mata yang melihat dia berzina melainkan menghampiri zina? Bagaimana pula pendapat Mursyidul Am dan ahli-ahli PAS berhubung perkara tersebut? Bukankah mereka menyatakan semua itu hanyalah fitnah, sedangkan Mat Sabu memang ditangkap dalam keadaan berdua-duaan, bersunyi-sunyian bersama seorang wanita bernama Normah yang diketahui isteri kawan baiknya sendiri?

Tidakkah perbuatan itu secara jelas menyalahi Fasal 47 Piagam Madinah?

Pengampunan Allah Taala sebab Negara Berkebajikan? Bangang tak sudah walaupun jadi Timbalan Presiden PAS... keampunan Allah Taala bukan disebabkan negara, tetapi disebabkan oleh individulah, bodoh!!!

Islam, Iman dan Ihsan bukan datangnya dalam bentuk Negara tetapi datangnya daripada individu!!! Tidak ada orang yang akan menanggung dosa orang lainlah!!! Tak tahulah kalau mazhab bangang Mat Sabu menyatakan semua orang terpaksa menanggung dosa orang lain sebab tak ada Negara Berkebajikan!!!

CREDIT TO : THE FLYING KICK

Thursday, June 2, 2011

KERAJAAN BARU PRU 13

Dengan kemenangan majority melebihi 2/3 oleh Pakatan Rakyat menewaskan Barisan Nasional pada PRU 13 baru baru ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa berita yang dijangka mengembirakan seluruh rakyat Malaysia.

1. Harga minyak RON 95 telah diturunkan daripada 1.95 kepada 1.15 siliter. Manakala diesel bersubsidi telah diturunkan lagi kepada 0.85 sen siliter, manakala RON 97 diturunkan kepada 1.50 siliter.

2. Kadar tarif elektrik juga telah diumumkan bahawa penyelarasan akan dibuat dikesemua sektor. Kadar per kilowat telah diturun kepada 17 sen / kw

3. Semua barangan terkawal seperti beras, minyak masak, tepung telah diturunkan sebanyak 50% daripda harga semasa.

Perdana Menteri Dato Seri Anuwar Pandi Kutty Ibberahim berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri angkat sumpah dihadapan President Lim Kit Siang di Istana Negara di Putrajaya. Hadir sama Datin Seri Jijah Bitch.

Apabila ditanya berhubung penahanan Datuk Nik Ajih dan Datuk Seri Hadi Awang bersama ramai bekas pemimpin tertinggi UMNO di bawah Akta ISA, Perdana Menteri menyatakan bahawa ianya perlu demi keharmonian negara. Apabila ditanya, adalkah ini adalah arahan terus daripada Tuan President, beliau enggan mengulas lanjut.

PENYATUAN MELAYU

Menengok keadaan Najib dan Jeneral jeneral nya yang semakin hari menyakinkan orang Melayu bahawa Melayu tidak lagi relevan didalam mempastikan untuk mereka terus berada dipersada kuasa, maka aku rasakan hanya satu jalan saja untuk memungkinkan Melayu itu relavan kepada Tanah Melayu ni...

Kita TUKAR KERAJAAN PADA PRU 13

Kenapa yer?

BILA TERANTUK BARU TERNGADAH