Sunday, August 2, 2009

Jangan singgung perasaan ahli UMNO


Itulah permintaan Najib kepada Tuan Haji Nik Ajis. Pendek dan mudah difahami. Kalau nak berbaik kenalah jaga budi bahasa. Tak payah nak ada seerban sebesar baldi, dahi sehitam arang, atau ijazah adaripada Mesir. Orang yang bukan Islam pun boleh melayani kehendak sesama insan. BERBUDI BAHASA.

Tapi, nampaknya muka Tuan Haji tak seceria ketika menyambut Lee Kuan Yew. Kenapalah agaknye ye? Benci sesangat ke kat Najib tu atau si Rosmah tu agaknye. Ni bukan fitnah ye Tuan Haji. Tapi dah terbaca banyak sangat didalam Blog tentang perasaan penyokong penyokong Tuan Haji terhadap Najib dan Rosmah.

Anwar nak jadi PM tak pasti, tapi yang pasti terjadi adalah mati. Marilah saya mengingatkan diri saya dan Tuan Haji bahawa mati didalam ketidakpastian adalah kerugian.

No comments:

Post a Comment