Sunday, November 8, 2009

SALMAN RUSHDIE VS KHALID SAMAD


SILA ISI TEMPAT KOSONG!



TAK BERAPA SERUPA ................................TAPI +- SAMA..................................

LAGI RAHSIA BESAR PAS

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Dewan Muslimat Pas hari ini mempertahankan amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti itu yang melompat parti.

Selain membela wanita, Dewan Muslimat turut menyifatkan amalan bai'ah itu dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.

Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai'ah tersebut dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti.

"Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah.

"Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," kata beliau kepada Mingguan Malaysia semasa ditemui pada Seminar Memperkasakan Parti Pas di markas parti itu di Taman Melewar, Gombak di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas tentang bai'ah talak tiga itu yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai'ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.

Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.

Mengulas lanjut, Nuridah berkata, amalan bai'ah ini diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007.

"Saya tak rasa wanita direndahkan. Ini merupakan satu cabaran kepada pada muslimin. Ia bukan menggalakkan penceraian, ia satu pengorbanan. Mereka tidak boleh 'main-main' masuk parti Pas yang berjuang memperteguh syiar Islam.

"Saya melihatnya positif. Media jangan 'main-main' dengan isu ini," katanya.

Turut bersetuju dengan pendapat beliau ialah Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Senator Mumtaz Md. Nawi yang menyifatkan amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri.

"Ini pembelaan kepada wanita. Janji tetap janji. Apa pula pelik? Taklik kalau keluar pintu pun jatuh talak. Inikan pula keluar perjuangan Islam, lepas habis tempoh nak lompat, lompatlah.

"Kenapa pula orang nak bising. Taklik itu sah. Kalau tak sanggup tak ada orang paksa jadi calon," katanya.

Jelasnya, semua wakil rakyat Pas memahami Islam dan mereka tidak ada masalah untuk memahami mengapa bai'ah dilakukan oleh parti.- Unspinner

OK

Pertama , daripada perawi hadith kata lebih kurang maksudnya perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak…. So aku ulang siapa benci? ALLAH… siapa ALLAH? Pencipta kita. Kalau pencipta kita BENCI…. Ish… malang besar tu!

Umpama orang minum arak, dia kata tak ape… sebab dia tak mabuk. Pada fahaman dia, larangan Allah s.w.t. ketas minuman itu kerana kesan daripada pengambilan arak itu terhadap kebolehan manusia mempertimbang tindakan. Jadi kalau tak mabuk, boleh lah, maka dia pun teruskan minum. So.. dari logiknya, okaylah.. sebab dia minum tak mendatangkan mudarat..jadi larangan Allah tu tak applicable pada dia kan? Sedangkan meminumnya dan perkara yang sewaktu dengannya adalah salah satu dari DOSA BESAR. Aku rasa inilah standard rasional Muslimat PAS didalam menyokong Bai’ah itu.

Okay. Kita pergi soal taklik tadi. Talak yand seingat aku masa nikah dulu, samaada kegagalan suami, maka si isteri buleh tuntut fasakh. Manakala si suami, boleh menjatuhkan talak sekirannya berlaku nushyus. Betullah keluar pintu pun boleh jatuh talak, atas sebab apa, sebab ingkar arahan “ADIL” daripada suami. Keluar pintu pun atas keingkaran arahan taklik membabi buta pun tak jatuh talak!

Dia kata diatas soal keluar daripada atau ingkar kepada perjuangan Islam. Adakah Islam itu PAS dan PAS itu ISLAM? Dimana yang dikatakan PAS itu ISLAM? Namanya memanglah ada ISLAM. Sama macam Negara Negara Islam. Sedangkan, sekarang atas ehsan Allahs.w.t, rakyat dah sedar betapa kemaruknya parti yang meminjam semangat Islam, percaya bahawa dengan memegang tampuk pemerintahan, akan tertegaklah ISLAM.

Lagipun , kalau ada dalam sejarah pun, apa logiknya PAS berkerja sama dengan DAP yang anti ISLAM dan PKR yang dibiayai YAHUDI didalam menegakkan ISLAM?

SEKARANG DAH JADI RAHSIA UMUM, gabungan tiga parti hanya ada satu matlamat :-

MENGHAPUSKAN DOMINAN UMNO DIDALAM BN (MENGEKALKAN MCA DAN MIC)

Kenapa tak cakap aje, dah lama jadi pembangkang, teringin nak jadi PM, TPM atau menteri. UMNO dah lama sangat. Bagi lah aku rasa pulak.

Aku rasa pun nak bagi jugak. Manalah tahu boleh jadi tempat berlindung. Tapi selepas 1 tahun lebih, aku secara umumnya PAS ni, dahlah KURANG BIJAK lepas tu tak berapa ISLAMIK.

Zulkifli Nordin ada membuat pertanyaan kenapa sumpah laknat tidak diguna pakai didalam perkara ini.

Pada pandagan aku, aku ulang ini hanya pandangan.. adakah PAS lebih percaya kepada apa yang hanya dapat dilihat dimata dan tidak pada alam ghaib? Atau dengan lain perkataan, PAS kurang yakin bahawa laknat Allah itu ada dan boleh berlaku mengikut kekuasaanNYA? Adakah ini juga ehsan yang Maha Mengetahui untuk kita mengetahuinya bahawa ini adalah sebahagian lagi RAHSIA BESAR disebalik gendang perjuangan ISLAM yang dilaung laungkan PAS?