Saturday, May 25, 2013

Tak sampa 24 jam, Tan Chua, Haris dan Tamrin dbebaskan kerana Mahkamah tidak membenarkan tahanan reman dengan alasan 24 jam mencukupi untuk pihak polis membuat urusan berhubung dengan aduan yang dibuat keatas ketiga tiga penyangak tadi. Pihak polis pula berkata bahawa mereka akan mencari bukti bagi membolehkan ketiga tiga mereka ditahan untuk tempoh yang lebih lama bagi membolehkan siasatan dilakukan. Persoalannya, kenapa kerap kali kes kes yang penting, kebanyakkan kes banyak dihumban keluar oleh mahkamah dan menimbulkan ketidak tentuan didalam menetakan pandangan umum tentang kredibiliti kakitangan polis didalam membawa orang kena tuduh untuk di adili di mahkamah? Didalam kes berkaitan dengan saman dikalangan politik dan jentera media mereka, kerapkali saman oleh pembangkang selalu diteruskan dan selalunya pihak mahkamah berjaya membuat keputusan dan selalunya pihak disebelah kerajaan akan didapati bersalah. Persepsi yang menjadi satu rahsia awam pada masa ini aialah :- 1. Pihak polis masih tidak berubah. Mereka tidak berusaha katahap sepatutnya untuk membendung persepsi bahawa polis kerja sambil lewa dan tidak punya kredibiliti. 2. Mahkamah mempunyai kaecenderungan untuk berpolitik. Politik mereka pula condong kepada pihak Pakatan Rakyat. Sesuatu perlu dilakukan. Jika tidak, kita dan negara akan terjerumus ke dalam gaung kemusnahan...