Thursday, June 11, 2009

RDF


Di Daerah Hulu Langat, lebih tepat Semenyih ada sebuah syarikat dikenali sebagai RESB Sdn Berhad yang kononnya berjaya menyelesaikan masaalah sampah yang menghantui Majlis Perbandaran Kajang dengan cerita nya akan memproses sampah tersebut dengan aktiviti mengitar semula dan seterusnya membakar bagi menghasilkan tenaga elektrik.

Masaalahnya, syarikat yang konon nya telah melabur ratusan juta ringgit membina prasana, menggunakan jalan belakang untuk membuang sisa yang dihantar ke premis mereka, akan tetapi membelanjakan beberapa juta mungkin, untuk membuangnya ke tapak pelupusan sampah yang telah di istiharkan tutup di Kg Sg Kembong Hilir Bangi dan beberapa tapak pelupusan sampah di Negeri Sembilan.

Untuk makluman, tapak pelupusan sampah tersebut telah ditutup 6 tahun yang lalu akibat kebocoran air sampah kedalam sungai Beranang yang telah mengakibatkan bekalan air diputuskan di Putrajaya dan yang sewaktu dengannya. Kononnya dengan kerjasama syarikat RESB dan CCSB (Core Competancy Sdn Berhad) bersama UPM, MINT akan membuat kajian sambil memulihkan semula tapak tersebut. Ini di akui oleh kerajaan Negeri Selangor dengan Menteri Besar Selangor memberi kebenaran melalui surat yang di alamatkan kepada CCSB.

Ironi nya, bagi orang bodoh cam aku ni, kalau nak mengubat kita kena bubuh ubat, bukan angkat pisau kasi koyak lagi! Tul tak? Tapi apa ke jadah nya setiap hari tidak kurang daripada 5 trailer sampah dibuang ke tapak tersebut setiap hari sejak February 2009 dengan muatan 8 ke 10 tan setiap satu lori. Bayangkan berapa ribu ton yang telah dibuang ke sana, sedangkan tajuk papan tanda yang di paparkan jelas menunjukkan untuk membaik pulih?.

Jadi dimana, justifikasi Kerajaan Negeri didalam melihat dan menilai tindakan ini. Memang kita perlu membantu syarikat yang sanggup melabur ratusan juta demi kesejahteraan masa hadapan. Tetapi pada masa yang sama, penduduk sekitar, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra ,Kg Sg Kembong Hilir, Kg Sg Kembong Hulu tidak di maklumkan secara formal. Hanya setakat sebidang papantanda yang di cetak tidak lebih berharga RM150. Adakah papantanda tersebut mewajarkan air minuman penduduk yang seaktu dengannya (di proses di Dengkil) dicemari dengan lelahan air sampah.? Adakah ianya juga mewajarkan penduduk disekitar nya dihidangi dengan pencemaran bau dan lepasan gas methane.

Pertanyaan rambang kepada ahli politik di Ulu Langat, mereka terpedaya dengan rekaan cerita. Sedangkan realitinya sampah yang dihantar ketapak tersebut adalah basah.(belum diproses) dan ada kontraktor sampah yang membuah sampah terus kekawasan tersebut. Sedangkan sepatutnya sampah yang dihantar bagi tujuan composting mestilah berkeadaan kering.

Sebodoh bodoh aku, plastik tidak akan dan belum lagi ditemui teknologi yang boleh menjdikannya sebagai baja. Kononya cerita sumber yang boleh dipercayai, sebuah syarikat daripada luar negeri akan melabur bagi membekalkan mesin bagi mengolah sampah ditapak berkenaan dengan mengasingkan bahan biogradeable dan yang buka biogradeable bagi tujuan mengasingan dan pemuliharan. Seterusnya mereka kononnya akan menyediakan kemudahan infra (bangunan dan mekanikal) secara tetap bagi mengolah dan menyimpan buangan daripada kilang RESB di Semenyih.

Tetapi itu hanya cerita, sama dengan cerita tentang konon kejayaannya yang diwar warkan sejak tahun 2005.?

So, persoalannya sekarang :-

1. Kenapa MB beri kebenaran meggunakan tanah kerajaan negeri kepada sebuah syarikat yang membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Adakah kerana kononnya hubungan baik MB dengan bekas Pengerusi PNB (secara kebetulah orang tertentu didalam CCSB kononnya ada bau bau durian dengan bekas pengerusi PNB)
2. Kenapa hak kami (keselamatan, kesihatan, hak bersuara), sebagai rakyat Selangor di kampong dan bandar berkenaan di pandang sepi dengan membenarkan unsur unsur yang boleh merosakkan kesihatan ?
3. Adakah kepercayaan kami kepada Kerajaan Selangor yang berjanji membela nasib RAKYAT adakah satu cerita kosong?

No comments:

Post a Comment