Sunday, July 12, 2009

PENYERAHAN HAK BUMIPUTRA

Kepada saudara saudari Bumiputra sekalian.

Keutamaan masej ini adalah kepada golongan yang telah dengan rela hati untuk melepaskan HAK nya sebagaimana yang telah ditentukan didalam Perlembagaan Malaysia kerana merasa :

Hak tersebut telah menjadikan mereka rasa bersalah diatas kejadian ketidakadilan yang sedang berlaku di negara ini berhubung dengan perkara perkara yang lebih jelas di perakukan didalam Perlembagaan Malaysia.

Tuan/ Puan diminta memberi Nama (seperti didalam Kad Pengenalan), No. Kad Pengenalan. Pihak saya akan membuat senarai penuh bagi nama-nama ini untuk diserahkan kepada pihak berwajib untuk diperakukan bagi membolehkan segala Hak yang dilepaskan tersebut akan diberikan kepada Bumiputra dan seterusnya kepada Bukan Bumiputra yang lebih memerlukan. Sayugia dingatkan, dengan Pelepasan Hak ini akan berjalan dan merentasi keturunan Tuan /Puan yang sah dari segi undang undang.

Saya berpendapat, dengan membuat penyerahan hak secara teratur ini, akan menyelamatkan Hak Bumiputra secara keseluruhan. Saya faham bahawa sebahagaian daripada Bumiputra tidak lagi memerlukan hak tersebut, akan tetapi tidak bermakna, suara minoriti Bumiputra yang telah berjaya ini akan meranapkan haka Majoriti Bumiputra yang saya termasuk didalamnya.

Ini berikutan daripada beberapa keputusan pelupusan yang di umumkan oleh Kerajaan berhubung dengan Hak Bumiputra yang di rasakan sebahagian daripada kesan tuntutan yang dibuat oleh kaum bukan bumiputra dan juga bumiputra sendiri.

Saya sebagai Bumiputra yang mewakili diri dan anak anak ingin memastikan bahawa generasi saya dan anak yang sedia ada di kecualikan daripada apa apa tuduhan oleh cucu cicit dengan adanya dokumentasi yang formal ini.

Kerjasama Tuan / Puan amat saya hargai.

p/s : Untuk sementara, Nama dan No. Kad Pengenalan boleh dihantar melalui comments.

1 comment: