Saturday, July 18, 2009

'Saya tidak politikkan kematian Teoh' - Anwar

'Saya tidak politikkan kematian Teoh' - Anwar

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau sengaja mempolitikkan kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang dipercayai terjatuh dari Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.

Anwar berkata, beliau sebaliknya hanya menunaikan tanggungjawab beliau kepada keluarga mangsa dan kerajaan negeri Selangor yang mahu menuntut penjelasan berhubung kematian mengejut Teoh.

"(Isu) orang dah mati pun kita tak boleh bangkitkan. Dia mati di bawah badan pengawasan dan ini adalah salah di mana-mana negara besar pun.

"Sebab itu saya jumpa pegawai SPRM, kenapa nak politikkan pula?" katanya dalam satu majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.

Mayat Teoh ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu, kira-kira pukul 1.30 tengah hari kelmarin.

Rabu lalu Teoh memberi keterangan di SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana rakyat di Selangor.

Anwar berkata, tidak ada mana-mana pihak yang mengatakan beliau mempolitikkan isu itu kecuali Umno.

"Jangan cuba nak ugut kerana kita tetap akan bangkitkan isu Beng Hock kerana ini satu lagi bukti jenayah yang dilakukan oleh badan penguat kuasa yang dijalankan mengikut arahan Umno dan Barisan Nasional," katanya

Salinan mstar

Ini kata kata manis daripada seekor syaitan ayang berwajahkan manusia yang mukanya sekarang ini kelihatan kusam dan tidak bercahaya.

Mula mula di buat buat alim, kata beliau bukan sengaja mempolitikan, kemudian dengan begitu lucahnya berkata “kerana ini satu lagi bukti jenayah yang dilakukan oleh badan penguat kuasa yang dijalankan mengikut arahan Umno dan Barisan Nasional ”

Habis tu bukan politik ke tu?

Kau siape Anuar. Ekor penuh dengan Najis. Dulu dulu boleh lah. Orang tak perasan. Tapi sekarang dah berbau. Semoga dikabulkan fitnah kau tu (bahawa penguatkuasa ikut arahan UMNO)

1 comment:

  1. sgt keras.
    tapi bila kt dewan konvensyen(my college)
    berupa sgt berwibawa
    smooth talker lah beliau
    hehe

    ReplyDelete