Saturday, July 25, 2009

KAWAN RAGU, TAPI KONPOM TAK HARAM!

KOTA BHARU 23 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah “sesuatu yang meragukan” tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam

Kalau begitulah bunyinya, rase rasenye, elok lah ditinggalkan, kerana ianya meragukan. Kalau tak silap ada hadis yang menyokong pendirian ini.

Kalau Nik Ajis, kata ragu, tapi tak haram, itu macam bunyi politik sebab masih nak menyebelahi tindakkan yang meragukan, kerana pada hukum, harus/wajib ditinggalkan.

Saya nak bertanya pada Tuan Haji Nik Ajis.

Apa tindakan Tuan Haji Nik Ajis, sekiranya dihidangkan sepinggan mee yang jelas dimasak oleh seorang yang bukan Islam, dan didalamnya ada cebisan ramuan daging babi, atau daging ayam yang diragui sumbernya. Adakan Nik Ajis akan memakan mee tersebut dengan meninggalkan daging tersebut ditepi tepi pinggan, dengan alasan ia ragu jenis dan sumber daging. Bagimana dengan mee dan kuah yang telah masuk kedalam perut Nik Ajis?Kalau nak dikaitkan dengan logic Nik Ajis, begitulah kefahaman saya berhubung dengan fatwanya diatas tindakan Nizar tu. Mungkin fatwa Tuan Haji adalah berdasarkan nasihat ketua PR Anwar Al Juburi (menjaga kepentingan siasah dan sokongan kaum bukan Islam?)

Jadi pada pendapat saya, jawapan Tuan Haji Nik Ajis adalah political motivated, dan dengan itu cukuplah Nik Ajis. Beristighfar, dan ingatlah bahawa nikmat akal yang dibanggakan itu telah ditarik sedikit oleh yang maha Esa diatas kelalaian dan takbur (hilang keikhlasan) didalam diri (untuk makluman,bukan takbur yang difahami oleh kita orang biasa ye Tuan Haji Nik Ajis?.. tul tak?)

1 comment:

  1. http://tukartiub.blogspot.com/2009/07/ini-buktinya-nizar-bakar-lilin.html

    ReplyDelete