Saturday, December 31, 2011

MAHASISWA DAN A.B.U

Kebanyakkan budak budak Melayu di Universiti yang terlibat secara langsung didalam usaha Anwar untuk melepaskan dirinya BERKEMUNGKINAN tidak menyedari DIRI dalam erti kata mengenal diri mereka. Dalam bahasa mudahnya TIDAK SEDAR DIRI.

Saya berpendapat, adalah perlu bagi pihak Universiti semasa sessi suai kenal bagi palajar pelajar baru, mereka ini perlu di tarbiah secara individu bagi mereka untuk mengenal diri. Didalam diri mereka perlu diberitahu secara sinikal kalau perlu :-

1. Bagaimana mereka berada di universiti tersebut.(meretrokasi?, kabel?, dasar DEB?)
2. Tanamkan perasaan iri hati terhadap bangsa bangsa lain yang satu sessi dengan mereka berjaya memasuki universiti. Bandingkan keadaan (sebab mereka berjaya memasuki) pelajar bangsa lain dengan keadaan mereka.
3. Bekalkan dengan angka dan fakta tentang perbelanjaan yang DITANGGUNG OLEH KERAJAAN (WANG RAKYAT)bagi membiyai sepanjang pengajian mereka.

Perkara (pemberitahuan tentang diri dan supaya terus sedar akan diri) ini perlu di ulang ulang mengikut kebijaksanaan pentadbiran Universiti atauperlu disekolah sekolah.

No comments:

Post a Comment